SHAH ALAM: Kecuaian antara faktor utama menjadi punca kemalangan yang dicatatkan sepanjang pelaksanaan Op Selamat 18 yang berakhir pada Ahad.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, cuai dan mengabaikan aspek pemanduan yang selamat sekali gus mengakibatkan risiko berlakunya kemalangan.
"Berdasarkan kajian, faktor kecuaian antara punca utama berlakunya kemalangan selain tidak fokus terhadap pemanduan.
"Antaranya lebih mementingkan untuk menggunakan telefon ketika memandu sekali gus mengakibatkan fokus pemanduan hilang dan risiko berlakunya kemalangan tinggi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Katanya, hari terakhir Op Selamat 18 mencatatkan 319 kemalangan di Selangor.
"Berdasarkan statistik semasa, jumlah kemalangan untuk keseluruhan pelaksanaan Op Selamat mencatatkan sebanyak 21 kematian dan jumlah keseluruhan kemalangan yang dicatatkan adalah sebanyak 3,343 kes.
"Segala jumlah dan angka keseluruhan sama ada terdapat peningkatan atau penurunan kes akan dimaklumkan kemudian," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Katanya, pengguna jalan raya perlu mematuhi segala peraturan yang ditetapkan sekali gus mengelakkan kemalangan berlaku.
"Peraturan jalan raya telah ditetapkan, menjadi tanggungjawab pengguna jalan raya untuk sentiasa mematuhinya.
"Jangan kita bersikap sambil lewa sehingga mengabaikan aspek pemanduan berhemah sehingga mengakibatkan kemalangan berlaku," katanya.
Sementara itu, sebanyak 1,411 kes dicatatkan pada hari terakhir Op Selamat 18 menjadikan jumlah keseluruhan kemalangan maut sebanyak 15,947 kes kemalangan dicatatkan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, Selangor mencatatkan negeri paling banyak mencatatkan kemalangan maut setakat ini.
"Jumlah kemalangan maut harian bagi Selangor adalah sebanyak 319 kes manakala jumlah kemalangan maut terkumpul pula mencatatkan sebanyak 3,343 kes.
"Statistik ini diikuti negeri Johor iaitu sebanyak 2,297 kes, Perak sebanyak 1,582 kes, Kuala Lumpur sebanyak 1,370 kes dan Pulau Pinang sebanyak 1,310 kes," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 10 2022
Kecuaian antara faktor utama menjadi punca kemalangan yang dicatatkan sepanjang pelaksanaan Op Selamat 18 yang berakhir pada Ahad. -Gambar fail/Bernama
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
'Golongan 16-30 tahun paling ramai maut kemalangan, punca tiada lesen' - Zahid Hamidi
Kumpulan umur antara 16 hingga 30 tahun merekodkan statistik tertinggi yang maut dalam kemalangan motosikal pada tahun lalu iaitu sebanyak 1,674 mangsa.
Nahas JAL516: Pesawat Pengawal Pantai Jepun tiada kebenaran berada di landasan
Pengawal trafik udara tidak menyedari bahawa pesawat pengawal pantai telah memasuki landasan dalam kejadian pada Selasa itu.
Nahas Elmina: Kotak perakam suara beri petunjuk kritikal
Analisis awal terhadap rakaman kotak perakam suara kokpit (CVR) yang dipulihkan telah memberikan petunjuk kritikal kepada pendedahan punca kemalangan.
80 cedera dalam perlanggaran bas di New York
Lebih 80 orang cedera dalam perlanggaran antara dua bas di New York, 18 daripadanya dimasukkan ke hospital, Sputnik memetik Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS) pada Jumaat.
Gagal elak kereta punca kemalangan 5 'superbike' di Lebuhraya KL-Karak
Tidak sempat mengelak kereta bertukar lorong dipercayai punca kemalangan melibatkan lima buah motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 26.4 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak, pada Selasa.
Ciri keselamatan gagal berfungsi disah punca nahas pesawat Boeing 737-8 Ethiopian Airlines
Nahas pesawat Ethiopian Airlines Boeing 737-8 Max yang mengorbankan 157 orang pada 2019 berpunca daripada kegagalan ciri keselamatan pesawat.
Cuai, penting diri antara punca kemalangan sepanjang Op Selamat 18
Hari terakhir Op Selamat 18 mencatatkan 319 kemalangan di Selangor.
5 fakta mengejutkan mengenai kemalangan jalan raya
Adakah menggunakan telefon mudah alih ketika memandu punca utama kemalangan jalan raya? Atau adakah kemalangan jalan raya kerap berlaku kerana sikap agresif para pemandu?